Thursday, January 27, 2011

kawan


Setahu aku, setiap apa yang kita lakukan pasti bersebab.. ada ke orang buat sesuatu tanpa sebab? Orang tak waras pun kalau buat apa-apa mesti ada sebab.. dah tentu sebabnya dia tak waras ye tak.. Cuma mungkinkah kita terlupa atau sebenarnya lebih mementingkan diri sahaja sehingga kita tidak memikirkan yang dalam kehidupan ini akan ada Aku, Kau dan Dia.. yang membawa maksud setiap apa yang kita buat bukan sahaja bersebab malah turut akan menjadi PENYEBAB. Haa.. Bagaimana tu??
Siapakah yang dimaksudkan Aku.. Kau.. Dia..?? Tidak kiralah siapa pun yang bermain difikiran atau yang dimaksudkan, semuanya betul kerana ianya boleh jadi siapa sahaja yang dirasakan perlu untuk dikaitkan. Dan untuk terus mencuri masa bagi korang yang membaca, akan aku ulaskan dengan lebih lanjut tapi tak terlanjut supaya memudahkan pemahaman dan bukannya untuk penghadaman ye.. tak sesuai gitu..  :D
AKU
Dah tentunya bukan aku..  tetapi diri kita sendiri (korang jugak la tuu)..
KAU
Dah tentu juga bukan kau.. tapi boleh jadi juga kau.. :-P atau aku.. atau mungkin juga dia yang ada di belakang kau tu (kalau ada la.. huhu..). Maksudnya sesiapa sahaja sebagai pihak kedua yang berkaitan atau terlibat secara langsung dalam apa yang dilakukan.
DIA
Maksud dia pula adalah menyeluruh sebagai pihak ketiga yang boleh jadi sesiapa sahaja yang mungkin berkaitan ataupun tidak.. dan secara langsung atau tidak langsung dalam apa yang di lakukan.

No comments:

Post a Comment